Laman Utama

"KESEJAHTERAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

TEL: 04-7404331 FAKS: 04-7404360

e-MEL: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Terima kasih kerana anda telah memilih portal ini untuk dilayari. Hal ini kerana bukan senang bagi seseorang untuk membuat pilihan dalam mencari sesuatu yang diperlukan pada ketika tertentu. Justeru, pilihan anda untuk bersama-sama dalam portal ini memberikan gambaran bahawa sesuatu perlu kami sediakan  secara profesional, berkualiti, dan berintegriti agar pelayar portal ini memperoleh apa-apa yang diperlukan.

Selain itu, pilihan anda pada ketika ini suatu bentuk sokongan yang amat kami perlukan, apa tah lagi portal ini boleh diakses secara maya merentasi sempadan dunia secara global. Pun begitu, kami juga mengharapkan anda dapat memberikan apa-apa pandangan secara berfokus, tulus, dan telus. Perkara ini penting kerana ia membuka ruang kepada penambahbaikan, peningkatan kualiti, dan pemantapan profesionalisme kepada  pihak kami sebagai pengendali portal ini.

Portal ini harus dilihat sebagai suatu ruang maya yang boleh anda terokai pada bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat secara khusus tentang Perkhidmatan Kaunseling Organisasi di Jabatan ini. Selain itu, ia memberi peluang kepada anda untuk berinteraktif dengan Kaunselor di Jabatan ini melalui e-mel. Oleh itu, anda boleh pada ketika tertentu menjadi klien kepada kaunselor secara maya bagi membincangkan apa-apa isu tentang diri sendiri atau berkaitan dengannya tanpa perlu bersemuka dengan kaunselor . Pun begitu, ada etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi. Hal ini penting untuk dinyatakan kerana kami menawarkan Perkhidmatan Kaunseling yang profesional, berintegriti dan berkualiti.

Selamat melayari portal ini, dan terokainya untuk memperoleh manfaat yang dihasratkan.
PROGRAM/AKTIVITI SPsK MEI 2013
Written by Admin SKP   
Wednesday, 07 July 2004

1. Tarikh: 7 Mei  2013 - Pemantauan Merit Perkhidmatan Psikologi Kaunseling Organisasi, Tempat: PPD Baling Sik.

2. Tarikh: 11 Mei 2013 -  Bengkel Motivasi Kerja Berasaskan Sekolah, Masa: 8.00 pg., Tempat: PPD Baling Sik

3. Tarikh: 18 Mei 2013 -  a) Bengkel Motivasi Kerja Berasaskan Sekolah,  Masa: 8.00 pg., Tempat: PPD KMY; b) Bengkel Integriti Berfokus Psikologi Kaunseling, Masa: 8.00 pg., Tempat: PPD Kbg Pasu.

4. Tarikh: 20 Mei 2013 - Mesyuarat Pengurusan SPsK Bil. 5/2013, Masa: 9.00 pg., Tempat: SPsK

5. Tarikh: 23 Mei  2013 - Mesyuarat Pengurusan Perkhidmatan PsK JPN/PPD Bil. 3/2013, Masa: 9.00 pg., Tempat: JPN Kedah

6. Tarikh: 30 Mei 2013 - Bengkel Integriti Berfokus Psikologi JPN Kedah, Masa: 8.00 pg. - 4.30 ptg., Tempat: BTPN Kedah.

Analisis Keperluan Perkhidmatan dan Latihan (AKPEL)

Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kedah mempelawa dan memohon kerjasama warga pendidikan Kedah, sama ada yang bertugas di JPN/PPD/BTPN/sekolah untuk melengkapkan Analisis Keperluan Perkhidmatan dan Latihan (AKPEL-CAPAIAN PENGGUNA) bagi membantu pihak sektor melaksana dan mengambil tindakan terhadap perancangan perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan. Hal ini penting agar kewujudan dan pendekatan psikologi dan kaunseling JPN Kedah dapat dimanfaatkan secara optimum. Untuk makluman, AKPEL boleh diakses dan dilengkapkan oleh individu yang memerlukan perkhidmatan dan latihan Psikologi Kaunseling atau dilengkapkan oleh pihak pengurusan organisasi yang memerlukannya kepada warga pendidikan.

 

 

Last Updated ( Tuesday, 30 April 2013 )
Read more...
 
PEMANTAUAN MERIT PsK ORGANISASI 2013
Written by Admin SKP   
Friday, 24 April 2009

1. SPsK JPN Kedah akan meneruskan pelaksanakan Pemantauan Merit Psikologi Kaunseling Organisasi Tahun 2013 kepada sekolah-sekolah terpilih (Men/Ren). Pemantauan ini menggunakan Instrumen Pemantauan Merit PsK Organisasi yang telah dibangunkan oleh SPsK dalam bulan Januari 2011.

2. Intrumen tersebut mengandungi empat merit/elemen iaitu i) Pengetahuan Tentang Perkhidmatan PsK Organisasi, ii) Sikap Terhadap Perkhidmatan PsK Organisasi, iii) Pengurusan Warga Pendidikan Kurang Berfungsi, dan iv) Keperluan Sekolah Terhadap Perkhidmatan PsK Organisasi.

3. Kumpulan sasaran pemantauan ini ialah pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar. Hal ini kerana tujuan pemantauan ini ialah untuk mengetahui Merit atau kedudukan sebenar Perkhidmatan PsK Organisasi JPN/PPD mengikut pandangan (view point) pihak pengurusan sekolah, di samping mengenal pasti keutamaan (priority) yang telah diberikan oleh sekolah kepada perkhidmatan ini.

4. Dapatan daripada pemantauan ini diharapkan dapat membantu SPsK memperkemaskan perkhidmatannya dan membimbing pihak sekolah menguruskan isu-isu pembangunan modal insannya dalam kalangan guru dan staf.

Last Updated ( Monday, 31 December 2012 )
 
KURSUS SPsK 2013
Written by Admin SKP   
Wednesday, 22 April 2009

Salah satu fungsi SPsK ialah merancang dan melaksanakan kursus berkaitan Perkhidmatan Kaunseling. Justeru, pada tahun 2013,dan sebelumnya SPsK mengambil pendekatan merancang dan melaksanakan kursus berasaskan sekolah. Hal ini bermakna kursus-kursus yang dirancang adalah di sekolah, dan  berdasarkan permohonan serta keperluan pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, SPsK menawarkan perkhidmatan personalia (tenaga) kepada pihak sekolah untuk melaksanakan kursus-kursus berkaitan Motivasi Kerja, Pengurusan Stres, Pembinaan Pasukan, Integriti, Pementoran, Pembimbing Rakan Sekerja, Pengendalian Ujian Psikologi dan Kesihatan Mental. UNTUK KETERANGAN LANJUT, PIHAK SEKOLAH DIMINTA MENGHUBUNGI TERUS KAUNSELOR JPN MELALUI TALIAN 04-7404330 ATAU MENGGUANAKAN E-MEL SPsK.

eTesi - INOVASI & KREATIVITI SPsK

BERSEMPENA DENGAN PENYERTAAN SPsK DALAM KONVENSYEN INOVASI & KREATIVITI (KIK) JPN KEDAH PADA 21-22 JUN 2011, eTesi TELAH DIBANGUNKAN. eTesi ialah Temujanji Kaunseling Elektronik yang boleh diakses pada ikon Pautan. Oleh itu, Klien dalam kalangan warga pendidikan negeri Kedah boleh membuat temujanji secara on-line kepada Kaunselor-Kaunselor Organisasi JPN/PPD. Insya-Allah, temujanji anda akan dilayan pada kadar SEGERA!

Last Updated ( Tuesday, 30 April 2013 )
 
More...
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 5

Capaian Pengguna

Buku Pelawat
Temujanji eTSi
AKPEL

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Petunjuk

ALBUM PERISTIWA

imag0155.jpg

Maklumat Anda

Your IP
54.234.126.92
United States United States :
Browser
Unknown Browser Unknown Browser
Operating System
Unknown Operating System Unknown Operating System