Berita Terkini

powered_by.png, 1 kB

Laman Utama
Piagam Sektor

VISI

Melahirkan insan yang harmonis, sihat, produktif, aktif dan seimbang dari segi emosi, jasmani,rohani dan Intelek serta memiliki dan mengamalkan ciri-ciri cemerlang, berakhlak mulia, patriotis,ketrampilan dan bersatu padu.

MISI

Merancang dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang strategik dan pragmatik melalui Pengurusan Sukan, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah dan Pengurusan Pusat Kokurikulum di Negeri Kedah bagi memperkembangkan potensi dan bakat individu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT

Mempertingkatkan kualiti pengurusan jabatan dalam aspek mengawal dan menguruskan sumber,menjalin hubungan luar dan menyebar maklumat pendidikan yang berkualiti secara optimum bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang. Selaras dengan Teras Strategik PIPP

Teras 1. Membina Negara Bangsa.

Teras 2. Membangunkan Modal Insan

Teras 4. Merapatkan Jurang Pendidikan 

FUNGSI

Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau peningkatan kualiti, proses dan keberkesanan aktiviti-aktiviti pembangunan kemanusiaan di dalam aspek:

Wawasan dan Perpaduan Kaum

Memastikan semua program pembangunan diri murid memberi fokus kepada patriotisme, penerapan wawasan 2020, hormat-menghormati dan pemupukan integrasi kaum.

Disiplin dan Motivasi Diri

Memastikan semua guru membimbing murid-murid ke arah peningkatan disiplin dan motivasi diri dengan memberi fokus kepada pemantapan harga diri murid, ketahanan diri dan mental murid dan penambahbaikan diri.

Daya Saing.

Memastikan setiap murid yang mewakili Kedah dalam pertandingan di bawah pengawasan Unit Sukan, Unit Kokurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Pusat Kokurikulum mempunyai daya saing yang tinggi, menguasai pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi juara.

Kemahiran Sosial.

Memastikan murid-murid diberi kemahiran-kemahiran sosial seperti kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan diri, kemahiran belajar, kemahiran mengingat, kemahiran memimpin, kemahiran menolong, kemahiran asertif, kemahiran pidato dan lain-lain bagi menyiapkan diri menjadi warganegara Malaysia yang berguna.

Kebajikan Murid.

Memastikan semua murid miskin dan benar-benar layak sahaja diberi bantuan secara telus mengikut kriteria dan prosedur yang ditetapkan samada dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri mahupun Persatuan Bukan Kerajaan (NGO).

Read more...
 

Siapa Di Talian

We have 1 guest online

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6
mod_vvisit_counterSemalam31
mod_vvisit_counterMinggu Ini6
mod_vvisit_counterBulan Ini522
mod_vvisit_counterSemua41355

Masa Itu Emas

© 2013 Portal Rasmi Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.