Home Penyelenggaraan Aliran Kerja Penyelenggaraan ICT Bagi Sekolah Bukan PTJ
Aliran Kerja Penyelenggaraan ICT Bagi Sekolah Bukan PTJ PDF Print E-mail
Written by Webmaster SPMICT   
Tuesday, 22 June 2010 10:41

1. Pihak sekolah perlu mengenalpasti peralatan ICT yang perlu disenggarakan berdasarkan kepada speksifikasi yang ditetapkan.


2. Pihak sekolah berbincang dengan syarikat penyenggaraan tempatan yang telah dilantik sama ada oleh BTPN/PTPB/PPD dengan merujuk kepada peralatan ICT yang hendak disenggara berdasarkan peruntukkan sedia ada dengan mengisi borang KEW.PA-9.


3. Setelah mengenalpasti semua peralatan ICT yang perlu senggara sesuai dengan peruntukkan yang sedia ada, pihak sekolah hendaklah melapor ke log aduan masalah menerusi sistem aplikasi STS dengan mengisi maklumat yang ada dalam borang PPP.


4. Syarikat tempatan akan membuat penilaian kerosakan dengan menggunakan borang PPP dan menyediakan sebut harga yang dilengkapi dengan salinan sah KEW.PA-2/KEW.312 dan KEW.PA-9 dari pihak sekolah.


5. Merujuk kepada sebut harga yang diberikan oleh syarikat, pihak sekolah yang bukan PTJ sendiri hendaklah memohon kepada BTPN melalui PKG masingmasing dengan mengemukakan sebut harga yang telah diberikan oleh syarikat untuk dikeluarkan Pesanan Tempatan (Local Order) oleh pihak BTPN kepada syarikat untuk dilaksanakan tugas senggara peralatan ICT yang disenaraikan.


6. Setelah siap tugasan senggara oleh pihak syarikat, pihak sekolah hendaklah sekali lagi masuk ke aplikasi STS untuk menutup log aduan masalah yang berstatus ‘selesai’.(closed).


7. Pihak Sekolah ( Pegawai Aset ) dan pihak syarikat berkenaan perlu mengemaskini Borang KEW.312 / KEW.PA14. Salinan borang tersebut perlu dihantar ke BTPN/ PTPB salinan ke PPD sebaik saja selesai kerja senggara untuk tujuan Pelaporan Penyenggaraan ICT ke BTP. Pihak BTPN / PTPB pula akan menghantar laporan ke BTP sebulan satu kali ( sebelum 3hb setiap bulan).


8. Pihak sekolah juga perlu mengisi Borang Laporan Status Pelaksanaan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM 2010.(Lampiran 6) untuk tujuan mengesan status penyenggaraan dan perbelanjaan penyenggaraan ICT oleh pihak BTP, KPM dan menghantar borang berkenaan ke BTPN dan salinan ke PKG masing-masing.

Last Updated on Wednesday, 23 June 2010 15:27
 

Berita Terkini

Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMIS

Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMIS

Berikut adalah panduan bagi pengisian maklumat murid OKU dalam EMIS.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Slide Manual Pengisian

Definisi Variable EMIS (Manual EMIS)


 
GARIS PANDUAN DAN TATACARA PEMBELIAN PERALATAN ICT (KELULUSAN JKICT)

1)         Mengisi Borang JKICT untuk kelulusan JKICT. Sila Klik Di Sini untuk muat turun borang.

2)         Peruntukan Yang Dibenarkan adalah seperti berikut:

 i)          Peruntukan Akaun SUWA

 a)         Memohon kelulusan Unit Akaun untuk menggunakan Akaun SUWA.

 b)         Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary

 

ii)Peruntukan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran, tidak termasuk PCG Pra dan LPBT (Sekolah / Asrama).

 

3)         Kemukakan Surat Permohonan Pembelian Peralatan ICT ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT dan lampirkan bersama :

 i)          Borang JKICT yang telah lengkap
 ii)         Salinan kelulusan Unit Akaun menggunakan Akaun SUWA (jika memohon menggunakan peruntukan SUWA)
 iii)        Dapatkan sebutharga dari Syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd. Nombor telefon 03-55692386. Maklumat lanjut sila layari Portal http://spmict.kedah.edu.my di bawah tajuk      Kontrak Pembekalan Peralatan ICT atau 

 

Pengurus cawangan

No.2 Tingkat Atas, Jln. Senangin 1

Taman Perniagaan Senangin

Jln. Sultanah Sambungan

05150 Alor Setar, Kedah

 

04-7342386

03-55692350

016-6855002 (Nik Rizal)


 
Kelulusan Pertukaran Model Komputer Riba Di Bawah KPM

KELULUSAN PERTUKARAN MODEL KOMPUTER RIBA BAGI TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN ICT KE BAHAGIAN / JABATAN / INSTITUT PENDIDIKAN  DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Merujuk kepada tender membekal, menghantar, memasang, mengkonfigurasi, menguji dan mentauliah peralatan ICT, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju bagi pertukaran model komputer riba dari Lenovo/Thinkpad L420 kepada model Lenovo/Thinkpad L430 iaitu bagi kod item NB1, NB2 dan NB3.

Sila rujuk surat yang dilampirkan :

Surat Hebahan Pertukaran Model

Senarai Harga dan Model Mengikut Tender


 
Garis Panduan Agihan dan Tatacara Penggunaan DONGLE 1BestariNet

GARIS PANDUAN NORMA AGIHAN DAN TATACARA PENGGUNAAN DONGLE UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN AKSES INTERNET DAN VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) DALAM PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET

Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah mengenai norma agihan dan tatacara penggunaan dongle bagi tujuan mengakses internet dan juga VLE dalam projek perkhidmatan 1BestariNet oleh guru-guru dan seluruh warga sekolah yang memerlukan penggunaannya (pengguna) di sekolah-sekolah KPM.

Sila muat turun garis panduan dibawah :

Garis Panduan Dongle 1BestariNet


 
Penjelasan Garis Panduan Perlaksanaan 1BestariNet

Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Kedah Darul Aman.

PENJELASAN KEPADA GARIS PANDUAN ASAL PERLAKSANAAN 1BESTARINET UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN PROJEK 1BESTARINET

 

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Penjelasan 1BestariNet


 

Cerna Minda

Undian

Adakah portal ini dapat membantu anda untuk memperolehi maklumat ?