Home Penyelenggaraan PROSES ALIRAN KERJA OPERASI PENYENGGARAAN ICT SEKOLAH
PROSES ALIRAN KERJA OPERASI PENYENGGARAAN ICT SEKOLAH PDF Print E-mail
Written by Webmaster SPMICT   
Wednesday, 23 June 2010 14:57

  1. Sekolah membuat aduan kerosakan melalui aplikasi STS( Support Ticketing system ) dengan cara membuka log baru aduan masalah kerosakan yang perlu dibaiki.
  2. Sekolah yang menghadapi masalah untuk akses ke internet boleh menghubungi Pusat Kegiatan Guru (PKG) berhampiran untuk bantuan aduan kerosakan. Salinan boring KEW.PA-2 dan KEW.PA.9 perlu dibawa bersama.
  3. Pihak PKG sebagai Meja Bantuan Aras Satu ( first lever support ) perlu kenal pasti punca masalah dan mengesahkan jenis kerosakan serta menyelesaikan masalah tersebut. Jika masalah berkenaan tidak dapat diselesaikan, log aduan masalah akan dimajukan kepada BTPN/PTPB sebagai Meja Bantuan Aras Dua (second level support) menerusi aplikasi STS.
  4. Jika masalah dapat diselesaikan, log aduan akan ditutup oleh pihak pengadu (sekolah)
  5. 5. Dalam kes kerosakan peralatan, BTPN/ PTPB/ PPD akan terus menghubungi syarikat tempatan yang dilantik dengan mengajukan log aduan masalah melalui aplikasi STS. Syarikat tempatan akan membuat penilaian kerosakan dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Penyenggaraan Peralatan ICT( Borang PPP ) dan menyediakan sebut harga yang dilengkapi dengan salinan sah KEW.PA-2/KEW.312 dan KEW.PA-9 yang disediakan oleh pihak sekolah.
  6. Pihak sekolah perlu menghantar sebut harga yang telah disediakan oleh syarikat,kepada BTPN / PTPB / PPD / PKG untuk disemak, dinilai dan dikeluarkan Pesanan Tempatan (Local Order ).
  7. Setiap subwaran kepada PPD/PTPB digunakan untuk menyelenggara lebih kurang 20 buah sekolah dengan anggaran RM5,000 setiap sekolah di dalam seliaannya sahaja dan sekolah selebihnya akan mendapatkan peruntukan subwaran BTPN berkenaan. BTPN/ PTPB/ PPD akan melengkapkan nota minta bersama dengan sebut harga syarikat tempatan bersama salinan sah KEW.PA-2/KEW.312 dan KEW.PA-9 supaya Pesanan Tempatan (Local Order) dapat dikeluarkan oleh pihak BTPN/ PTPB/ PPD .
  8. Syarikat tempatan dibenarkan melaksanakan penyenggaraan peralatan ICT berkaitan setelah Pesanan Tempatan(LO) diterima. Sekiranya perlu bagi syarikat tempatan untuk membawa keluar peralatan daripada premis sekolah, Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan ICT untuk Penyenggaraan (Borang KMKP) perlu diisi dan disahkan oleh pihak sekolah terlebih dahulu.
  9. Pemantauan akan dilakukan oleh PKG pada setiap peringkat penyenggaraan melalui aplikasi STS atau secara on-site. Setelah masalah atau kerosakan dapat diselesaikan, syarikat tempatan perlu menukar status log aduan masalah dalam aplikasi STS kepada ‘Selesai Pembayaran’ ( complete with payment ). Syarikat tempatan juga perlu menyediakan dokumen seperti :
    • a. Invois.
    • b. Local Order yang telah lengkap ditandatangani.
    • c. Sijil Pengesahan Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT KPM yang disahkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan Borang Pengesahan Perkhidmatan Penyenggaraan Pemulihan Peralatan ICT ( Borang PPP1) yang perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke BTPN / PTPB / PPD bagi urusan pembayaran.
  10. PKG/ PPD dan syarikat tempatan perlu memastikan pihak sekolah menutup log aduan masalah di aplikasi STS sebagai pengesahan bahawa masalah atau kerosakan telah diselesaikan dengan sempurna.
  11. Pembayaran akan diproses setelah dokumen lengkap diterima dan log aduan masalah telah ditutup (closed) oleh pihak sekolah dalam aplikasi STS.

 

Last Updated on Wednesday, 23 June 2010 15:28
 

Berita Terkini

Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMIS

Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMIS

Berikut adalah panduan bagi pengisian maklumat murid OKU dalam EMIS.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Slide Manual Pengisian

Definisi Variable EMIS (Manual EMIS)


 
GARIS PANDUAN DAN TATACARA PEMBELIAN PERALATAN ICT (KELULUSAN JKICT)

1)         Mengisi Borang JKICT untuk kelulusan JKICT. Sila Klik Di Sini untuk muat turun borang.

2)         Peruntukan Yang Dibenarkan adalah seperti berikut:

 i)          Peruntukan Akaun SUWA

 a)         Memohon kelulusan Unit Akaun untuk menggunakan Akaun SUWA.

 b)         Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary

 

ii)Peruntukan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran, tidak termasuk PCG Pra dan LPBT (Sekolah / Asrama).

 

3)         Kemukakan Surat Permohonan Pembelian Peralatan ICT ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT dan lampirkan bersama :

 i)          Borang JKICT yang telah lengkap
 ii)         Salinan kelulusan Unit Akaun menggunakan Akaun SUWA (jika memohon menggunakan peruntukan SUWA)
 iii)        Dapatkan sebutharga dari Syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd. Nombor telefon 03-55692386. Maklumat lanjut sila layari Portal http://spmict.kedah.edu.my di bawah tajuk      Kontrak Pembekalan Peralatan ICT atau 

 

Pengurus cawangan

No.2 Tingkat Atas, Jln. Senangin 1

Taman Perniagaan Senangin

Jln. Sultanah Sambungan

05150 Alor Setar, Kedah

 

04-7342386

03-55692350

016-6855002 (Nik Rizal)


 
Kelulusan Pertukaran Model Komputer Riba Di Bawah KPM

KELULUSAN PERTUKARAN MODEL KOMPUTER RIBA BAGI TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN ICT KE BAHAGIAN / JABATAN / INSTITUT PENDIDIKAN  DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Merujuk kepada tender membekal, menghantar, memasang, mengkonfigurasi, menguji dan mentauliah peralatan ICT, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju bagi pertukaran model komputer riba dari Lenovo/Thinkpad L420 kepada model Lenovo/Thinkpad L430 iaitu bagi kod item NB1, NB2 dan NB3.

Sila rujuk surat yang dilampirkan :

Surat Hebahan Pertukaran Model

Senarai Harga dan Model Mengikut Tender


 
Garis Panduan Agihan dan Tatacara Penggunaan DONGLE 1BestariNet

GARIS PANDUAN NORMA AGIHAN DAN TATACARA PENGGUNAAN DONGLE UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN AKSES INTERNET DAN VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) DALAM PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET

Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah mengenai norma agihan dan tatacara penggunaan dongle bagi tujuan mengakses internet dan juga VLE dalam projek perkhidmatan 1BestariNet oleh guru-guru dan seluruh warga sekolah yang memerlukan penggunaannya (pengguna) di sekolah-sekolah KPM.

Sila muat turun garis panduan dibawah :

Garis Panduan Dongle 1BestariNet


 
Penjelasan Garis Panduan Perlaksanaan 1BestariNet

Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Kedah Darul Aman.

PENJELASAN KEPADA GARIS PANDUAN ASAL PERLAKSANAAN 1BESTARINET UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN PROJEK 1BESTARINET

 

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Penjelasan 1BestariNet


 

Cerna Minda

Undian

Adakah portal ini dapat membantu anda untuk memperolehi maklumat ?