| SELAMAT DATANG KE SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT |
|
|
|
| Written by Webmaster SPMICT |
| Sunday, 02 May 2010 08:16 |
![]() Terima kasih kerana melayari laman web ini. Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT adalah nama baru kepada Unit ICT dan merupakan salah satu sektor yang baru diwujudkan selepas penstukturan semula Jabatan Pelajaran Negeri pada tahun 2007 . Selaras dengan fungsinya di jabatan, sektor ini turut menyumbang ke arah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan khususnya kepada pelanggan di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Fungsi sektor ini merangkumi pelbagai aspek berkaitan pengurusan maklumat dan khidmat teknikal kepada jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah dan juga sekolah.
Perkembangan teknologi semasa kebiasaannya melibatkan perubahan kepada perkakasan dan perisian yang lebih canggih samada lebih pantas, menjimatkan ruang, menjimatkan masa proses dan menepati selera pengguna secara global. Walau bagaimanapun aspek pengurusan maklumat turut memainkan peranan yang penting supaya kita sentiasa mempunyai maklumat yang terkini , mudah difahami , dicapai dan dimanfaatkan. Salah satu kaedah yang mudah untuk mencapai maklumat ialah dengan melayari laman web atau portal agensi. Oleh yang demikian , pihak kami akan sentiasa memberi khidmat teknikal dan penyaluran maklumat yang berkesan kepada pelanggan khususnya para guru dan pelajar.
Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam meningkatkan mutu laman web ini.
Selamat melayari Laman Web Rasmi Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
Sekian,Wassalam. ABD HALIM BIN AHMAD Ketua Sektor
|
| Last Updated on Sunday, 06 March 2011 10:43 |
Berita Terkini
| Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMIS |
Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMISBerikut adalah panduan bagi pengisian maklumat murid OKU dalam EMIS. Sila muat turun untuk maklumat lanjut : |
| GARIS PANDUAN DAN TATACARA PEMBELIAN PERALATAN ICT (KELULUSAN JKICT) |
1) Mengisi Borang JKICT untuk kelulusan JKICT. Sila Klik Di Sini untuk muat turun borang. 2) Peruntukan Yang Dibenarkan adalah seperti berikut: i) Peruntukan Akaun SUWA a) Memohon kelulusan Unit Akaun untuk menggunakan Akaun SUWA. b) Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary
ii)Peruntukan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran, tidak termasuk PCG Pra dan LPBT (Sekolah / Asrama).
3) Kemukakan Surat Permohonan Pembelian Peralatan ICT ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT dan lampirkan bersama : i) Borang JKICT yang telah lengkap
Pengurus cawangan No.2 Tingkat Atas, Jln. Senangin 1 Taman Perniagaan Senangin Jln. Sultanah Sambungan 05150 Alor Setar, Kedah
04-7342386 03-55692350 016-6855002 (Nik Rizal) |
| Kelulusan Pertukaran Model Komputer Riba Di Bawah KPM |
KELULUSAN PERTUKARAN MODEL KOMPUTER RIBA BAGI TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN ICT KE BAHAGIAN / JABATAN / INSTITUT PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Merujuk kepada tender membekal, menghantar, memasang, mengkonfigurasi, menguji dan mentauliah peralatan ICT, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju bagi pertukaran model komputer riba dari Lenovo/Thinkpad L420 kepada model Lenovo/Thinkpad L430 iaitu bagi kod item NB1, NB2 dan NB3. Sila rujuk surat yang dilampirkan : |
| Garis Panduan Agihan dan Tatacara Penggunaan DONGLE 1BestariNet |
GARIS PANDUAN NORMA AGIHAN DAN TATACARA PENGGUNAAN DONGLE UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN AKSES INTERNET DAN VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) DALAM PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah mengenai norma agihan dan tatacara penggunaan dongle bagi tujuan mengakses internet dan juga VLE dalam projek perkhidmatan 1BestariNet oleh guru-guru dan seluruh warga sekolah yang memerlukan penggunaannya (pengguna) di sekolah-sekolah KPM. Sila muat turun garis panduan dibawah : |
| Penjelasan Garis Panduan Perlaksanaan 1BestariNet |
Semua Ketua Sektor PENJELASAN KEPADA GARIS PANDUAN ASAL PERLAKSANAAN 1BESTARINET UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN PROJEK 1BESTARINET
Sila muat turun untuk maklumat lanjut : |
Tinta Ketua Sektor


