Home Tazkirah
Tazkirah
Puasa Yang Berkesan Untuk Kesihatan PDF Print E-mail
Written by Webmaster SPMICT   
Sunday, 27 June 2010 16:11

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

 

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

 

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

 

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

 

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

 

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

 

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

 

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan

(vi) Tidur selepas kenyang makan

 

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

 

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok

 

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

 

Fasa pertama (2-3hari):

Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

 

Fasa kedua (3-14 hari):

Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

 

Fasa ketiga(14-akhir puasa):

Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

 

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

 

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam

(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

 

Manfaat puasa yang berkekalan:

 

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut

(ii) Kesihatan bertambah baik

 

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari

puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."
 
Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita PDF Print E-mail
Written by Webmaster SPMICT   
Sunday, 27 June 2010 16:09

Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din


Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

 

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

 

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:

 

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.


2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

 

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.


1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

 

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

 

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir  ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

 

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2  lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu  jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

 

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

 

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

 

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk  itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

 

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu  dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan  sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

 

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat  separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

 

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:



1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat  dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang  (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).


Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi  kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah  sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu  tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

 

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung.  Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita  kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

Berita Terkini

Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMIS

Panduan Pengisian Maklumat Murid OKU dalam EMIS

Berikut adalah panduan bagi pengisian maklumat murid OKU dalam EMIS.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Slide Manual Pengisian

Definisi Variable EMIS (Manual EMIS)


 
GARIS PANDUAN DAN TATACARA PEMBELIAN PERALATAN ICT (KELULUSAN JKICT)

1)         Mengisi Borang JKICT untuk kelulusan JKICT. Sila Klik Di Sini untuk muat turun borang.

2)         Peruntukan Yang Dibenarkan adalah seperti berikut:

 i)          Peruntukan Akaun SUWA

 a)         Memohon kelulusan Unit Akaun untuk menggunakan Akaun SUWA.

 b)         Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary

 

ii)Peruntukan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran, tidak termasuk PCG Pra dan LPBT (Sekolah / Asrama).

 

3)         Kemukakan Surat Permohonan Pembelian Peralatan ICT ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT dan lampirkan bersama :

 i)          Borang JKICT yang telah lengkap
 ii)         Salinan kelulusan Unit Akaun menggunakan Akaun SUWA (jika memohon menggunakan peruntukan SUWA)
 iii)        Dapatkan sebutharga dari Syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd. Nombor telefon 03-55692386. Maklumat lanjut sila layari Portal http://spmict.kedah.edu.my di bawah tajuk      Kontrak Pembekalan Peralatan ICT atau 

 

Pengurus cawangan

No.2 Tingkat Atas, Jln. Senangin 1

Taman Perniagaan Senangin

Jln. Sultanah Sambungan

05150 Alor Setar, Kedah

 

04-7342386

03-55692350

016-6855002 (Nik Rizal)


 
Kelulusan Pertukaran Model Komputer Riba Di Bawah KPM

KELULUSAN PERTUKARAN MODEL KOMPUTER RIBA BAGI TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN ICT KE BAHAGIAN / JABATAN / INSTITUT PENDIDIKAN  DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Merujuk kepada tender membekal, menghantar, memasang, mengkonfigurasi, menguji dan mentauliah peralatan ICT, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju bagi pertukaran model komputer riba dari Lenovo/Thinkpad L420 kepada model Lenovo/Thinkpad L430 iaitu bagi kod item NB1, NB2 dan NB3.

Sila rujuk surat yang dilampirkan :

Surat Hebahan Pertukaran Model

Senarai Harga dan Model Mengikut Tender


 
Garis Panduan Agihan dan Tatacara Penggunaan DONGLE 1BestariNet

GARIS PANDUAN NORMA AGIHAN DAN TATACARA PENGGUNAAN DONGLE UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN AKSES INTERNET DAN VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) DALAM PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET

Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah mengenai norma agihan dan tatacara penggunaan dongle bagi tujuan mengakses internet dan juga VLE dalam projek perkhidmatan 1BestariNet oleh guru-guru dan seluruh warga sekolah yang memerlukan penggunaannya (pengguna) di sekolah-sekolah KPM.

Sila muat turun garis panduan dibawah :

Garis Panduan Dongle 1BestariNet


 
Penjelasan Garis Panduan Perlaksanaan 1BestariNet

Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Kedah Darul Aman.

PENJELASAN KEPADA GARIS PANDUAN ASAL PERLAKSANAAN 1BESTARINET UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN PROJEK 1BESTARINET

 

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

Penjelasan 1BestariNet


 

Cerna Minda

Undian

Adakah portal ini dapat membantu anda untuk memperolehi maklumat ?