|
Selamat Datang Ke Portal Rasmi
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral (SPPIM)
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, di dalam arus perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat di masa kini, akhirnya SPPIM dapat melahirkan Portal Rasminya yang begitu canggih adalah hasil dari komitmen jitu para pegawai SPPIM, kakitangan Unit ICT Jabatan Pelajaran Negri Kedah dan pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah.
Portal Rasmi ini dibina untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi SPPIM kearah jalinan hubungan yang lebih mantap di kalangan para guru di seluruh Negeri Kedah khususnya dan guru-guru di seluruh Malaysia amnya.
Harapan saya, sama-samalah kita membina dan memelihara jaringan hubungan dalaman dan luaran ini serta semoga segala ilmu yang dikongsi bersama menerusi portal ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga pendidikan.
Sekian, terima kasih.
Hajjah Zainab bt Md saman
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral |